Mayat Jong-Nam Dibawa Ke HKL

Putrajaya: Mayat Kim Jong-Nam, abang tiri Presiden Korea Utara sudah di bawa keluar dari Hospital Putrajaya kira-kira 8.55 pagi tadi.

 

Van mayat yang membawa mayat Jong-Nam diiringi empat kenderaan peronda Polis Diraja Malaysia (PDRM).

 
Usaha wartawan untuk mendapatkan maklumat lanjut ke mana mayat akan dibawa, gagal kerana polis enggan memberi kerjasama, namun menurut sumber, mayat berkenaan di bawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses bedah siasat.

 

Turut kelihatan mengiringi van mayat berkenaan, termasuk Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali.

 

Tinjauan di perkarangan Rumah Mayat Hospital Putrajaya mendapati kira-kira 50 wakil media pelbagai agensi berita tempatan dan antarabangsa berkumpul di bangunan itu sejak 7 pagi tadi.-Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.