Hisap Dadah Sejak Usia 6 Tahun

Remaja lelaki berusia 13 tahun ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selepas didapati positif dadah dalam serbuan di sebuah hotel bajet di Butterworth, Seberang Perai kelmarin.

 

Remaja ber­usia 13 tahun itu dicekup bersama seorang lelaki berusia 51 tahun di dalam sebuah bilik hotel bajet di Butterworth di sini semasa Ops Sarang dan Ops Valentine oleh AADK dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) kira-kira pukul 11 malam, petik Kosmo.

 

Difahamkan, remaja yang masih bersekolah itu mengaku mula terjebak dengan penagihan dadah sejak berusia enam tahun lagi.

 

Dia dikatakan pergi ke hotel itu bersama kakaknya yang berusia 21 tahun bagi bertemu lelaki tersebut, namun ketika serbuan wanita itu tiada di dalam bilik berkenaan.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.