Himpunan RUU 355 : PAS Jangka 200,000 Banjiri Padang Merbok

KUALA LUMPUR – PAS menjangkakan kira-kira 200,000 orang hadir Perhimpunan RUU 355 anjuran parti itu di Padang Merbok, di sini Sabtu ini, kata Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan Tantawi.

 

Beliau berkata, perhimpunan bertemakan ‘Syariah Diperkasa Rakyat Sejahtera’ itu akan bermula 2 petang sehingga 11 malam dan menampilkan 21 pemidato termasuk pemimpin bukan Islam, petik Bernama.

 

Tambahnya, pada sebelah malam pula akan diadakan majlis munajat/solat hajat perdana memohon RUU itu diluluskan.

 

Pada 24 Nov lalu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membawa usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat untuk memperkasakan mahkamah syariah dalam melaksanakan hukuman jenayah.

 
RUU itu bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang turut dikenali Akta 355.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.