AS Beri Amaran Kepada Rusia

WASHINGTON – Amerika Syarikat memberi amaran kepada Rusia supaya menghormati Perjanjian Kawalan Senjata yang ditandatangani antara kedua-dua negara, lapor AFP.

 

Amaran itu dibuat ketika Moscow dilaporkan secara rahsia menempatkan peluru berpandu.

 

New York Times melaporkan, peluru berpandu itu ditempatkan di satu tapak pelancaran yang aktif termasuk satu di Kapustin Yar, barat daya Rusia.

 

Jurucakap Jabatan Negara, Mark Toner bagaimanapun tidak segera mengesahkan laporan tersebut.

 

Namun, menyuarakan kebimbangan bahawa Rusia akan melanggar Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear Jarak Pertengahan (INF) yang ditandatangani pada tahun 1987 .

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.