TPPA Bakal Beri Manfaat-Pedebat Terbaik Asia

WASHINGTON DC: Pedebat terbaik Asia, Syed Saddiq bersetuju bahawa Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik atau TPPA memberi manfaat kepada Malaysia.

 

“Setelah membuat beberapa kajian, saya secara peribadinya menyimpulkan bahawa akan memberikan kebaikan kepada Malaysia bukan memburukkan negara seperti yang diperkatakan.” katanya dalam status di akaun facebook miliknya.

 

Beliau berkata demikian setelah menghadiri forum TPPA di Universiti Drexel.

 

Dalam pada itu, beliau turut meluahkan rasa terima kasi beliau kepada Datuk Seri Mustapa Mohamed dan kumpulannya yang menguruskan perjanjian tersebut yang mana akan menguntungkan Malaysia.

 

“Saya memuji Tok Pa dan kumpulannya kerana usaha mereka yang menakjubkan terhadap rundingan perjanjian ini yang mana saya percaya akan memberi manfaat kepada negara dalam jangka masa panjang.

 

Dalam pada itu, Forum berkenaan yang bertajuk ‘The Malaysian Dilemma: Blessing or Curse’ itu berlangsung selama 2 jam melibatkan pelajar-pelajar dari Malaysia yang menyambung pengajian di Universiti tersebut.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.