Peniaga Di Jonker Walk Tolak Penjualan Sosej Berbentuk Lucah

MELAKA – Peniaga-peniaga di Jonker Walk berkata penjualan sosej berbentuk kemaluan lelaki amat memalukan komuniti peniagaan pasar malam di sini.

 

Penasihat Jawatankuasa Jonker Walk Datuk Gan Tian Loo berkata, penjualan bentuk makanan itu menimbulkan kemarahan peniaga-peniaga dan komuniti tempatan.

 

Gan berkata, pengeluar makanan tersebut membeli alat membuat wafel itu dari Taiwan malah telah menjadi popular di kalangan pelancong asing, bukannya masyarakat tempatan.

 

Jelas beliau, tindakan itu telah menjatuhkan reputasi Jonker Walk yang sememangnya terkenal antara destinasi makanan.

 

“Peniaga-peniaga meluahkan kekecewaan ketika mengadakan perjumpaan pagi Isnin,” jelasnya.

 

Berita Berkaitan;-

Jonker Walk Melaka Promosi Kuih Kemaluan Lelaki

 

Menurut Gan, pengeluar berusia lewat 20-an itu telah mengaku kesilapannya dan memohon maaf di atas tindakannya itu yang dianggap sebagai cuba membuat kelainan di Jonker Walk.

 

Sebelum ini, Datuk Bandar, Datuk Zainal Hussin berkata, pengeluar makanan itu telah diberi notis mengenai penjualan itu yang boleh menyebabkan lesen perniagaannya dibatalkan. – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.