Jumlah Pekerja Asing Akan Dikurangkan Jika Rakyat Ceburi Kerja 3D

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri bersedia mengurangkan jumlah kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh ke Malaysia sekiranya sektor 3D iaitu bahaya (dangerous), kotor (dirty) dan sukar (difficult), mendapat sambutan daripada rakyat negara ini.

 

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Alwi Ibrahim menegaskan, kementerian sentiasa mengutamakan rakyat dalam sebarang urusan pengambilan tenaga kerja di negara ini.

 

“Jumlah 1.5 juta pekerja Bangladesh tersebut hanyalah satu angka siling bagi pihak kementerian. Kemasukan mereka walau bagaimanapun adalah tertakluk kepada permintaan serta keperluan semasa.

 

“Buat masa ini, pihak industri masih memerlukan khidmat pekerja-pekerja asing untuk sektor 3D,” katanya pada sidang akhbar.

 

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menerima kunjungan Menteri Pertahanan (Peralatan, Sokongan dan Teknologi) United Kingdom, Philip Dunne di sini hari ini. – Kosmo!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.