Video: Maut Atas Pengadang Jalan

Georgetown – Seorang penghantar bahan mentah maut apabila motosikal ditungganginya terbabas sebelum mangsa terpelanting ke atas pengadang jalan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini, petang semalam.

 

Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu, mangsa Low Teik Choon, 42, dikatakan dalam perjalanan dari arah pusat bandar ke arah Bayan Lepas sebelum motosikalnya hilang kawalan.

 

 

Difahamkan, motosikalnya terseret hampir 100 meter dan mangsa disahkan mati di tempat kejadian akibat kecederaan serius di badan dan kepala.

 

Akibat kejadian itu, berlaku kesesakan jalan raya hampir lima kilometer di laluan berkenaan.

 

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Abdul Rahman Ahmad berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat. – Sinar Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.