Video: ‘Anjing Kutip Barang’

Pulau Pinang – Hanya kerana menjalankan tugas anggota dan pegawai Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dimaki hamun oleh para peniaga di Sungai Batu, Balik Pulau dalam satu kejadian baru-baru ini.

 

Dalam kejadian tersebut kumpulan perniaga yang tidak mempunyai lesen itu dikatakan berang apabila anggota penguatkuasa MPPP bertindak merampas mercun yang dijual secara terbuka.

 

 

Portal UtaraNews sebelum ini melaporkan, kejadian tersebut bermula apabila MPPP menerima aduan orang ramai berhubung tindakan para peniaga cina dikawasan tersebut yang menjual mercun berbahaya secara terbuka.

 

Bertindak atas laporan tersebut, beberapa anggota penguatkuasa bertindak menyita dan merampas mercun dari para peniaga terbabit.

 

Tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut, kumpulan peniaga itu mula melakukan provokasi dengan mengeluarkan kata-kata kesat seperti penyamun, pencuri, anjing dan babi terhadap anggota penguatkusa yang sedang menjalankan tugas.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.