Sherlock Berkahwin Pada Hari Valentine

London – Aktor British yang memainkan watak utama dalam siri Sherlock Holmes, Benedict Cumberbatch melangsungkan perkahwinannya dengan Sophie Hunter, 36, semalam.

 

Majlis perkahwinan yang diuruskan secara tergesa-gesa itu diadakan di St Peter dan St Paul, sebuah gereja kecil dibina abad ke-12 yang terletak di Kampung Mottistone, Isle of Wight dan dihadiri oleh 40 hadirin terdiri daripada ahli keluarga dan rakan terdekat.

 

Ramai yang tidak menyangka Benedict akan memilih sebuah kampung kecil di Isle of Wright tetapi ia berkemungkinan disebabkan Sophie, seorang pengarah teater dan opera itu mempunyai pertalian darah dengan Lord Mottistone pertama.

 

Perkahwinan itu diadakan sebelum Sophie melahirkan anak pertama mereka. Mereka bertunang lima bulan lalu, di mana Benedict mengiklankan pertunangan mereka di akhbar Times of London, iaitu cara “orang lama” (old fashioned way) masyarakat Britain.

 

Benedict dijangka membawa pulang anugerah Aktor Terbaik Oscar minggu hadapan atas lakonan cemerlang sebagai lelaki gay Alan Turing, pemecah kod Bletchley Park dalam filem Imitation Game.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.