Seorang Maut, 2 Cedera Ditembak Di Copenhagen

Copenhagen – Seorang telah ditembak di kepala dan dua anggota polis ditembak di lengan dan kaki dalam satu kejadian tembak-menembak di sini, pada Ahad.

 

Kejadian awal pagi itu (waktu tempatan) berlaku apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah bangunan yang berhampiran jalan Krystalgade, kata polis dalam satu kenyataan.

 

Krystalgade adalah sebuah jalan yang menempatkan rumah ibadat utama di Copenhagen

 

Menurutnya lagi, mangsa yang ditembak di kepala kemudiannya dilaporkan mati, yang dipetik daripada portal berita Press TV.

 

“”Kami belum dapat mengeluarkan kenyataan tentang mangsa yang cedera,”

 

“Suspek tersebut telah melarikan diri dengan berjalan kaki,” menurut kenyataan itu lagi.

 

Pihak berkuasa belum dapat mengesahkan jika kejadian ini ada kaitan dengan serangan terdahulu pada Sabtu di sebuah pusat budaya di sini di mana berlakunya pertelingkahan berkaitan Islam dan kebebasan bersuara diadakan.

 

Berikutan itu, stesen kereta api Noerreport yang berhampiran, yang merupakan salah satu stesen yang paling sibuk di negara ini telah dilaporkan dipindahkan selepas kejadian tersebut untuk keselamatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.