Rooney Mungkin Penyerang Terbaik

Manchester – Pengurus Manchester United, Louis van Gaal berkata Wayne Rooney mungkin menjadi penyerang terbaik yang dimilikinya, tetapi taktikal yang digunakannya sekarang perlu diseimbangkan, dengan Ronney yang juga merupakan ketua pasukan United perlu memainkan peranannya di posisi tengah.

 

Rooney adalah penjaring ketiga tertinggi United sepanjang zaman, tetapi Van Gaal tidak meletakkanya di posisi penyerang pada musim ini, tetapi lebih gemar menggunakan Robin van Persie, Radamel Falcao dan pemain muda James Wilson untuk bertindak sebagai penyerang.

 

Statistik semasa yang menunjukkan Rooney masih belum membuat percubaan tepat ke sasaran dalam saingan Liga Perdana tahun 2015 telah menjadikan teori kebanyakan penganalisis sebagai tepat, bahawa ketua pasukan United itu perlu diberi peluang untuk mendapat peranan sebenarnya.

 

Tetapi Van Gaal masih enggan berganjak dengan keputusannya.

 

“Rooney mungkin ialah penyerang terbaik,” Van Gaal berkata kepada pemberita . “Tetapi saya telah banyak kali menjelaskan bahawa pilihan saya tidak dibuat kerana seseorang itu bukan seorang pemain yang bagus.

 

“Komposisi pasukan adalah lebih penting daripada permainan individu.”

 

Pengurus England, Roy Hodgson telah mencadangkan beliau akan terus menggunakan Rooney sebagai penyerang dalam pasukannya, dengan Van Gaal menyokong keputusan itu.

 

“Dalam komposisi pasukan Hodgson, Rooney mungkin memberi sumbangan lebih apabila ia bermain dalam kedudukan penyerang,” tegas Van Gaal yang dipetik daripada portal sukan ESPN.

 

“Saya perlu memilih antara Falcao, Van Persie dan semua penyerang lain yang saya ada. Kemudian pertimbangan saya adalah salah satu yang berbeza. Ia adalah mengenai meletakkan satu pasukan secara keseluruhannya,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.