Pemberontak Musnahkan Bandar Debaltseve, Ukraine

Kiev – Pemberontak telah meratakan bandar utama Debaltseve di timur Ukraine, sejam sebelum bermulanya gencatan senjata menurut polis tempatan, lapor AFP.

 

“Para pemberontak memusnahkan bandar Debaltseve. Terdapat dentuman kuat meriam tanpa henti dari kawasan perumahan dan bangunan. Pekan ini dalam pergolakan,” kata ketua polis pro-Kiev, Vyacheslav Abroskin di Facebook.

 

Abroskin berkata peluru berpandu Grad telah dilancarkan ke arah  ibu pejabat polis di bandar ini.

 

Debaltseve, hab kereta api strategik antara kubu kuat pemberontak Donetsk dan Lugansk, telah menjadi pusat pertempuran sengit baru-baru ini dan ribuan orang telah melarikan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.