Pakatan Rakyat Bakal Alami Perpecahan – Ti Lian Ker

Kuala Lumpur – Kematian Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan hukuman penjara ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa Pakatan Rakyat kepada perpecahan, kata MCA.

 

Pengerusi Biro Keharmonian Agamanya, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, ia ibarat sebuah perkahwinan yang makin longgar dengan anak yang tidak sah taraf.

 

“Ikatan dalam Pakatan Rakyat sudah longgar di bawah personaliti yang dilantik bukan secara demokrasi.

 

“Anwar dilantik sebagai Ketua Umum, Tok Guru Nik Aziz dilantik sebagai Mursyidul Am PAS dan Lim Kit Siang sebagai ketua DAP. Semua jawatan ini bukan dibuat secara demokratik tetapi dilantik,” katanya kepada The Rakyat Post.

 

Mengulas mengenai pakatan yang kini berpecah kepada beberapa kumpulan yang mempunyai agenda politik tersendiri, Lian Ker berkata PAS dan DAP mempunyai ideologi yang bertentangan berhubung pelaksanaan hudud dan pengenalan semula pilihan raya Kerajaan Tempatan.

 

“Kini dua daripada tiga personaliti itu sudah tiada dan Hadi Awang serta Lim Guan Eng bertelagah secara terang-terangan, ini jelas bahawa Pakatan menuju ke arah perpecahan,” katanya.

 

Bekas Menteri Besar Kelantan meninggal dunia malam tadi, iaitu dua hari selepas Anwar didapati bersalah dalam kes liwatnya.

 

Nik Abdul Aziz meninggal dunia di kediamannya kira-kira jam 9.45 malam setelah sekian lama menghidap kanser prostat. – RakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.