LIRP : Kharuilnizam Terus Kuasai Kategori Laser Standard

Langkawi – Pelayar harapan negara Kharuilnizam Mohd Afendy terus menguasai kategori Laser Standard pada Regata Perdana Antarabangsa Langkawi (LIRP) hari ini.

 

Khairulnizam, 21, yang pernah memenangi pingat emas pada Sukan SEA 2014, berjaya mendahului 10 perlumbaan dengan mengumpul 18 mata.

 

Harapannya untuk muncul sebagai juara kategori itu akan ditentukan pada dua lagi perlumbaan yang akan berlangsung esok.

 

Pencabar terdekat Kharulnizam ialah pelayar Thailand, Keerati Bualong dengan mengumpul 25 mata penalti diikuti Malaysia, Ahmad Latif Khan dengan 28 mata.

 

Sementara itu, kategori Laser Radial Wanita menyaksikan pelayar Thailand, Kamolwan Chanyim menguasai setelah berjaya mengumpul 18 mata penalti.

 

Namun dua pelayar negara, Khairunneeta Mohd Afendy dan Nur Shazrin Mohd Latif memberi tentangan hebat kepada pelayar Thailand itu yang masing-masing mengumpul 26 dan 27 mata.

 

Bagi kategori International 470, pelayar gadingan Thailand, Navee Thamsoontorn/Thanapong Kamolvat turut kuasai kategori itu dengan memungut 23 mata.

 

Pelayar gadingan Singapura, Darren Choy/Jeremiah Yeo mengekori dua mata di belakang (25 mata) dan di tangga ketiga pelayar Malaysia, Ku Anas Ku Zamil/Muhd Fauzan Roslan dengan mengumpul 31 mata.

 

Sebanyak 300 pelayar dari Malaysia, Singapura, Thailand, Filipina, Indonesia, Hong Kong, India, Bahrain, Kuwait dan New Zealand menyertai LIRP 2015 yang mempertandingkan sembilan kategori dan berakhir esok. – RakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.