Ibu Ako Mustapha Meninggal Dunia

Kuala Lumpur – Ibu kepada pelakon Muhaizad Ahmad Mustapha atau lebih dikenali sebagai Ako Mustapha, meninggal dunia pada kira-kira 2.30 petang tadi, akibat penyakit jantung.

 

Ako Mustapha ketika dihubungi Bernama memberitahu, ibunya Norma Osman, 79, menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh.

 

“Ibu berada di rumah saya sejak seminggu lalu. Sebelum ini, ibu pernah dirawat di PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya),” katanya.

 

Allahyarham meninggalkan suami yang juga bekas Pengurus Besar Bernama, Ahmad Mustapha Md Hassan, 79, empat anak serta sembilan cucu.

 

“Jenazah ibu saya selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Bandar Baru Sungai Buloh selepas Maghrib tadi,” katanya. – RakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.