Bomba Selamatkan Anak Anjing Jatuh Longkang

Kuala Lumpur – Tugas anggota Bomba dan Penyelamat bukan saja menyelamatkan nyawa dan harta benda, malah turut membantu menyelamatkan sesama makhluk Tuhan yang di dalam kesusahan.

 

Tujuh anggota bomba dari cawangan Ampang, lengkap dengan sebuah tangga serta peralatan keselamatan yang lain bekejar untuk menyelamatkan seekor anak anjing yang terjatuh ke dalam longkang sedalam tiga meter di Taman Kosas.

 

Timbalan Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd SAni Harul berkata, mereka menerima panggilan daripada orang ramai kira-kira jam 9.35 pagi.

 

“Sebaik saja anak anjing itu dapat dikeluarkan dari longkang ia dibebaskan di tempat yang lebih selamat,” kata Mohd Sani.

 

Usaha anggota Bomba itu menunjukkan keperhatinan mereka menerima panggilan dan membantu menyelamat bukan saja nyawa manusia.

 

Awal bulan ini, anggota Bomba dan Penyelamat Pahang berusaha menyelamatkan seekor tapir yang terperangkap di longkang menggunakan tali keselamatan.

 

Bak kata rata-rata pengguna laman sosial internet: “Terima kasih abang Bomba, jasamu dikenang!” – Rakyat Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.