Bapa Penagih Bawa Anak Umur 2 Tahun Beli Bekalan

Kuantan – Oleh kerana terlalu gian untuk memperoleh dadah, seorang bapa turut membawa anak perempuanya yang berumur dua tahun untuk membeli dadah di sarang penagih di Tanjung Lumpur semalam.

 

Namun kanak-kanak itu yang ditinggalkan di atas motosikal semasa bapanya membuat urusan, diselamatkan pasukan polis yang sedang menjalankan ‘Ops Sarang’.

 

“Kanak-kanak perempuan berkenaan kemudian diserahkan semula kepada keluarganya,” kata Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh.

 

Lelaki berumur 23 tahun itu adalah 65 orang yang dipercayai penagih yang ditahan.

 

Beliau berkata seorang suspek berusia 30 tahun yang dikehendaki kerana dipercayai terlibat dalam kes pecah rumah turut ditahan. – RakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.