Aksi Raja Bomoh Tidak Merbahaya – Wan Junaidi

Kuala Lumpur -Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata individu yang mengelarkan dirinya sebagai Raja Bomoh Malaysia perlu diterima sebagai sebahagian dari ragam rakyat di negara ini.

 

Memetik portal Rakyatpost, Wan Junaidi baru-baru ini dilaporkan berkata aksi yang dilakukan oleh Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin di hadapan penjara Sungai Buluh itu sebagai tidak merbahaya.

 

“Dia (Raja Bomoh) ini seorang pelawak, saya berharap suatu hari nanti dapat merakamkan aksinya secara peribadi untuk dijadikan sebagai bahan jenaka bersama keluarga.

 

” (Tambahan pula) dia tidak menggangu ketenteraman awam” ujarnya, memetik laporan Rakyatpost.

 

SuaraTV sebelum ini merakamkan aksi Ibrahim melakukan ritual menghalau hantu raya dengan mengunakan kayu golf dan empat biji buah limau sebagai simbolik.

 

 

Di dalam rakaman berdurasi hampir tiga minit setengah itu, Ibrahim turut menggunakan ‘teropong sakti’nya selain mengetuk dua biji kelapa.

 

Ia dikatakan untuk memberi perlindungan kepada Anwar daripada serangan ilmu hitam dan hantu raya yang ingin membunuh Ketua Pembangkang itu di dalam penjara.

 

Sementera itu Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyelar tindakan tersebut sambil menyifatkan ia tiada kaitan dengan perubatan Islam.

 

“Itu hanya perbuatan bomoh, perbuatan khurafat, tetapi dia (Ibrahim) gunakan ayat al-Quran untuk kelirukan orang ramai,” kata Harussani kepada Sinar Harian, semalam.

 

Harussani turut meminta Majlis Agama Negeri Selangor melihat peruntukan undang-undang yang boleh digunakan bagi mengambil tindakan terhadap perbuatan khurafat Ibrahim itu.

 

Terdahulu Pendakwah bebas, Datuk Md Daud Che Ngah turut mengesa Jabatan Agama Islam segera menangkap Raja Bomoh itu kerana sering dilihat melakukan beberapa aksi syirik agama sebelum ini.

 

“Jalankan tugas seperti yang dibuat kepada Ayah Pin atau Tuhan Haron, ia akan menutup kelemahan dan kepincangan agensi penguatkuasa agama yang mungkin diperkatakan masyarakat kerana lambat menahan Ibrahim.

 

“Kita ada 14 mufti dan semuanya harus sepakat untuk mengeluarkan arahan penangkapan Ibrahim seharusnya selepas menggemparkan negara kerana ritual mencari MH370 dahulu,” tegasnya.

 

Raja Bomoh itu sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi sehingga menarik perhatian media antarabangsa apabila menggunakan bubu mata pancing dan teropong buluh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bagi ‘membantu’ mencari pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac tahun lalu.

 

One thought on “Aksi Raja Bomoh Tidak Merbahaya – Wan Junaidi

  • April 1, 2016 at 3:05 pm
    Permalink

    Itulah lucunya Negeri Selangor… sebok nak tangkap ustaz2 yg mengajar sunnah tapi yg jelas2 melakukan perkara2 kurafat x mau diambil tindakan…!!!! piiiraahhhh JAIS…!!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.