2 Wartawan Al Jazeera Dibebaskan Dengan Ikat Jamin

Mesir – Dua wartawan Al Jazeera yang dipenjarakan di Mesir untuk lebih daripada satu tahun, Mohamed Fahmy dan Baher Mohammed, telah dibebaskan dengan ikat jamin.

 

Pada hari Khamis mahkamah mengarahkan pembebasan sementara menunggu perbicaraan semula akhir bulan ini.

 

Mereka dituduh menyebarkan maklumat palsu dan membantu pertubuhan Ikhwan Muslimin yang diharamkan.

 

Kedua-dua wartawan yang bekerja dengan rangkaian bahasa Inggeris Al-Jazeera ditahan pada Disember 2013 dan dituduh sebagai anggota kepada kumpulan Ikhwanul Muslimin yang diisytiharkan sebagai kumpulan pengganas selepas penyingkiran Presiden Mohammed Morsi, awal tahun berkenaan.

 

Perbicaraan semula kedua-dua wartawan ini adalah pada 23 Februari. – RakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.