Hukum melabur dalam ASB, ASN ‘harus’ – Majlis Fatwa

KUALA LUMPUR – Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan hari ini menegaskan bahawa hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputra (ASB) adalah ‘Harus’.

Ini termasuk dividen atau bonus yang diterima menerusi kedua-dua skim pelaburan itu, kata Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abd. Shukor Husin dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Abd Shukor, Jawatankuasa Fatwa amat kesal kerana terdapat pihak-pihak tertentu cuba menimbulkan keraguan dengan memuat naik surat daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) yang menyatakan skim tersebut sebagai tidak patuh Syariah.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan isu tuntutan Gabungan Badan Bukan Kerajaan Hak Asasi Manusia (Comango) mengenai hukum melabur dalam ASB dan ASN yang telah menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat sejak kebelakangan ini. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.