Tak Percaya Janji PH, Pengundi Minta Calon PH Tunjuk ‘Surat Peguam’

KUALA LUMPUR — Seorang pengundi Kampung Sungai Koyan 1 “bersyarah” agak panjang dan menuntut “surat peguam” di depan calon DAP ketika berkempen di kedai runcitnya semalam.

Rahana Hassan, 76, itu berkata demikian kepada M Manogaran sebagai bukti parti itu serius menunaikan janji pilihan raya Cameron Highlands untuk msyarakat peneroka Felda.

Tuntutan secara spontan itu, dirakam dalam satu video portal Malaysia Gazette, ketika Manogaran merayu agar memberi peluang kepadanya menjadi wakil rakyat mewakili mereka di situ.

Calon Pakatan Harapan juga menghulurkan risalah kempen, namun wanita itu meneruskan kata-katanya berkaitan jurang perbezaan pembangunan khususnya di Kuala Lumpur dan luar bandar.

“Kita daripada Harapan… beri peluang,” kata Manogaran sebelum kata-katanya terus dipintas Rahana dalam klip video itu yang tular di media sosial.

“Harapan tak Harapan mak cik tak tahu, kalau buat surat ‘lawyer’ boleh janji, kalau cakap mulut sahaja mak cik tak percaya,” kata Rihana yang mengundang gelak ketawa beberapa orang lagi.

Berdepan dengan situasi berkenaan, Manogaran menyatakan ikrar akan menepati janji pilihan raya sebelum meminta diri untuk beredar.

Sebelum itu, wanita itu bertanyakan tentang identiti parti yang diwakili Manogaran dan dimaklumkan Manogran daripada “parti Mahathir”, merujuk Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Mahathir pun tak betul juga,” kata Rahana lagi. – MalayMail

One thought on “Tak Percaya Janji PH, Pengundi Minta Calon PH Tunjuk ‘Surat Peguam’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.