Video: UiTM Tak jadi Disita

SHAH ALAM – Universiti Teknologi Mara (UiTM) selamat daripada disita setelah membuat pembayaran kos sebanyak RM8,000 kepada Mutiara Gemilang Engineering Sdn Bhd.

Menurut Peguam Bela Mutiara Gemilang Sdn Bhd, Nur Aliah Selamat, telah membuat bayaran pagi tadi sebelum tindakan sita diambil kegagalan UiTM dalam permohonan membatalkan saman Mutiara Gemilang Engineering.

“Berkenaan writ penjualan dan penyitaan pihak plaintif(Mutiara Gemilang Sdn Bhd) failkan terhadap UiTM iaitu berjumlah RM 8000 iaitu jumlah-jumlah penghakiman bertarikh 22 Ogos 2017 dan penghakiman yang bertarikh 20 November 2017.

“Jadi bagi kedua-dua penghakiman ini, jumlah yang perlu dibayar ialah RM8000.

“Kami telah meminta pihak peguam cara UiTM untuk memberikan jumlah RM8000 tersebut kepada pihak kami seawal bulan November lagi, namun tidak dibayar,” katanya ketika ditemui media di Mahkamah Tinggi Shah Alam, tadi.

Namun tempoh selama 4 hari diperlukan bagi menebus check yang telah diberikan oleh pihak UiTM dalam permohonan pembatalan saman Mutiara Gemilang Sdn Bhd.

“Sepatutnya hari ini telah ditetapkan untuk kami sita UiTM untuk jumlah yang berharga RM8000 tersebut namun begitu hanya pada pagi ini sahaja, pihak kami telah mendapat satu check daripada peguam cara UiTM untuk jumlah tersebut.

“Untuk penyitaan tersebut, tarikhnya telah dilanjutkan selama 4 hari dan mahkamah tetapkan tarikh baru,” ujarnya.

Terdahulu, Mutiara Gemilang Engineering telah memfailkan prosiding sita dan jual sebarang barangan UiTM untuk tujuan melunaskan kos tertunggak tersebut.

Hal ini rentetan daripada 20 April tahun lalu apabila UiTM telah menerima saman berjumlah RM40.8 juta yang telah difailkan oleh Mutiara Gemilang Engineering di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Menerusi tuntutan saman itu, Mutiara Gemilang Engineering dan UiTM telah membuat perjanjian projek membekal, menghantar, memasang, menguji guna dan mentauliahkan keseluruhan mesin dan peralatan bagi semua kurus di Kampus Baru UiTM Puncak Alam, Selangor.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.