Video: Reman Farid Kamil Dilanjutkan

PETALING JAYA: Pelakon dan pengarah filem terkenal, Datuk Farid Kamil dilanjut reman sehari lagi bagi membantu siasatan berhubung empat kes yang didakwa.

Beliau tiba di perkarangan Mahkamah Majistret Petaling Jaya jam 11.30 pagi berikutan tahanan reman selama empat hari berakhir hari ini.  

Perintah tahanan reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Hairul Azhar Mohd Ishak terhadap pelakon yang berusia 37 tahun itu yang disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis atas kesalahan berkelakuan tidak senonoh di balai polis, Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyepak orang awam, Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menampar anggota polis dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 atas dakwaan memasukkan dadah dalam badan.

Dalam kejadian pada pukul 1.20 petang itu Khamis lalu, pelakon berkenaan dilaporkan datang ke balai polis berkenaan untuk membuat laporan berkaitan satu kemalangan jalan raya.

Ketika berurusan di kaunter terbabit, pelakon berkenaan secara tiba-tiba menampar muka petugas lelaki yang menerima aduan itu sambil disaksikan beberapa anggota lain dan orang awam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.