Video: Pengakuan Pengantin Wanita Tentang Perasaannya Melihat Suaminya Pengsan Dalam Pelukan Bekas Kekasihnya Semasa Majlis Perkahwinan

Hubungan Nokis Febriyanto dengan isterinya, Musriani,  masih baik walaupun selepas dia pengsan dalam pelukan bekas kekasihnya, Novi pada hari pernikahannya di Sulawesi Selatan, Indonesia.

Disebabkan insiden itu, pasangan itu menjadi terkenal selepas video Nokis pengsan menjadi viral.

Ketika itu Novi yang merupakan bekas teman wanita Nokis, menghadiri perkahwinannya dan menyanyikan lagu bertajuk Balo Lipa.

Kemudian Nokis tiba-tiba meninggalkan pelamin dan menghampiri Novi.

Dia kemudian mengambil mikrofon dari tangan Novi serta  mencium dan memeluknya.

Sejenak kemudian lelaki itu tidak sedarkan diri sehingga tubuhnya jatuh ke kerusi berhampiran.

Para tetamu terkejut dan cuba membantunya berdiri.

Selepas majlis tersebut , netizen mempersoalkan hubungan Nokis dengan isterinya.

Ketika ditemui Tribune Timur di rumah ibu bapanya, Nokis dan isterinya kelihatan mesra. Malah Nokis menolak khabar angin mengenai keretakan hubungannya dengan wanita yang telah dikahwininya itu.

Bagaimanapun, dia mengaku nyanyian Novi membuatkan dia hilang kesedaran.

“Rasanya seperti dipukau masa dia menyanyi. Saya seperti tidak sedar waktu turun dari pelamin dan memeluknya dan ada rasa sangat kasihan,” ujarnya.

Apabila Novi menghadiri acara Mappacing (satu acara perkahwinan adat Bugis), Nokis mendakwa tidak merasakan perkara yang aneh.

“Malam pengantin saya bertemu dia, tapi biasa saja. Tapi semasa hari resepsi dan mendengarnya menyanyikan lagu  Balo Lipa, rasanya sangat berbeza,” kata Nokis.

Sementara itu, Musriani mengakui tidak ada perasaan yang berbeza ketika dia melihat suaminya memeluk bekas kekasihnya di depan para tamu.

Malah Musriani memuji  kecantikan Novi hinggakan dia sendiri terpana.

“Tenang saja, Sebelum itu saya sudah tahu itu bekas kekasihnya, saya tetap cinta pada suami,” tambahnya.

Sebelumnya, pengacara majlis pada perkahwinan itu, Muhammad Erfin Beddu, memberitahu punca Nokis dan Novi berpisah.

“Nokis pernah datang melamar Novi, namun tidak direstui oleh orang tua Novi,” tambahnya.

Menurutnya, restu yang tak diberikan tersebut berkaitan dengan duit hantaran.

Sehingga, Nokis akhirnya menikahi seorang wanita yang baru 2 bulan dia kenali.

Lagu Balo Lipa yang dinyanyikan Novi sendiri memiliki makna yang cukup menyayat hati.

Berikut lirik beserta terjemahannya yang dipetik dari Tribune Timur:

Balo Lipa

Lemmusa nyamu andi
musolangi atikku
engka mu tudang botting
riolo mattakku

Mennengngi uwisseng memengngi
mappoji balo lipami

Rimulanna mopa
nadetto sirampe
nadetto sirampe

Kessipa ro adammu
riwettu silolota
makkuleno ro anri
musolangi atikku

Kessipa ro adammu
riwettu silolota
makkuleno ro anri
musolangi atikku
Monro ale ale madoko watakale.

Terjemahan:

betapa tega dirimu, adinda
kau hancurkan hatiku
kau duduk bersanding
di depan mataku

seandainya dari dulu aku tahu
cintamu hanya seperti motif sarung sepuhan

sedari awal kita tak usah saling mengenang
tak usah saling mengenang

betapa indah tuturmu
di saat kita bersitatap
sampai hati dirimu, adinda
kau hancurkan hatiku

Betapa indah tuturmu
di saat kita bertatapan
Sampai hati dirimu, adinda
kau hancurkan hatiku

ditinggal sendiri
menderita jiwa raga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.