Video: Felda Berjaya Dapatkan Semula Tanah Di Jalan Semarak

KUALA LUMPUR – 4 bidang tanah di Jalan Semarak Kuala Lumpur berjaya diambil kembali oleh Felda setelah satu perjanjian persefahaman ditandatangani antara FELDA dan Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB).

Menurut Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abdul Samad, SPSB secsra sukarela mengembalikan semula tanah tersebut kepada FELDA tanpa kos dan telah menyerahkan semula hak milik hartanah tersebut untuk didaftarkan semula ke atas nama FELDA.

“Walau bagaimanapun, laporan polis yang telah dibuat pada 12 Disember 2017 dan 28 Disember 2017 mengikut Seksyen 420 dan Seksyen 471 Kanun Keseksaan (Akta 574) tidak akan ditarik balik.

“Audit forensik yang sedang berjalan juga akan diteruskan bagi mengenal pasti jika terdapat salah Iaku dalam transaksi terbabit,” katanya ketika sidang media di Jalan Semarak di Menara FELDA, Kuala Lumpur, hari ini.

Tambahnya lagi, isu pemindahan tanah in diketahui umum sejak 21 Disember 2017 namun FELDA telah mengambil langkah yang perlu untuk mendapatkan semula tanah yang telah dipindah milik seawal Januari tahun lalu.

“Selain itu, Projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) yang sedang berjalan di tanah itu juga akan diteruskan dan FELDA serta SPSB berunding semula bagi penambahbaikan ke atas pelaksanaan perjanjian pembangunan itu demi kebaikan kesemua pihak.

“FELDA turut akan memastikan bahawa segala proses dan prosedur pengembalian tanah ini serta proses-proses Iain dalam Projek KLVC akan menurut tatacara tadbir urus korporat yang baik dan berintegriti,” ujarnya.

Pada 12 Disember lalu, FELDA membuat laporan berhubung kemungkinan berlaku penipuan dalam urusan penukaran hak milik tanah miliknya di Jalan Semarak, oleh syarikat Synergy Prominade Sdn Bhd.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.