Victoria Beckham Dikecam Guna Model ‘kurus kering

VICTORIA Beckham telah dikecam kerana menggunakan model ‘kurus kering’ dalam kempen cermin matanya yang terkini.

Pereka berusia 43 tahun itu berdepan banyak aduan di laman Facebook dan Instagram selepas dia berkongsi dua gambar model, Giedre Dukauskaite, 29, memakai kaca mata besar dari koleksi Victoria Beckham Eyewear Spring Summer 2018.

Tetapi terdapat ibu bapa yang marah, mendakwa gambar model Lithuania yang sangat kurus itu lebih menarik perhatian, bukannya cermin mata, apabila gambar-gambar itu dimuat naik di media sosial.

 

 

“Gambar inilah yang menyebabkan anak perempuan saya yang sudah sedia kurus berfikir dia perlu makan lebih sedikit,” kata seorang ibu yang marah.

Selain itu, ada juga yang menganggap bintang pop yang menjadi pereka itu mempromosikan gambar yang tidak sihat.

“Saya tak tengok pun kaca mata itu. Model itu yang menjadi fokus. Kurus tak sihat! Beckham harus malu menggalakkan gangguan pemakanan. Anak perempuannya lebih berat berbanding modelnya. Malu,” kata seorang peminat yang marah.

“Maafkan saya tetapi gambar ini betul-betul salah. Jika model ini memang semula jadi langsing, maka saya minta maaf, namun saya dapat rasakan ia bukan semula jadi.”

“Ini bukan gambar yang saya mahu anak perempuan saya yang berusia 13 tahun tengok, yang mana dia telah berkata dia perlu menurunkan berat badan kepada saiz 8,” tambah seorang bapa.

 

 

Malah, ada juga yang mengkritiknya kerana memilih model terlalu kurus, sehingga bajunya kelihatan longgar dan besar.

Seorang pengguna media sosial berkata: “Victoria saya kagum dengan kamu, tetapi dengan harga yang terlalu tinggi yang kamu bayar untuk pakaian, tidak bolehkah sekurang-kurangnya kamu membeli sandwich untuk model ini?”

“Belikan beberapa potong kek untuk perempuan ini, ‘role model’ yang bagus? Saya fikir tak,” kata seorang pengulas yang marah.

Victoria sebelum ini pernah dikritik kerana menggunakan model kurus dalam kempen dan persembahan catwalknya.

 

 

Pada tahun 2015, dia mempertahankan keputusannya mengatakan bahawa pihaknya telah berhubung dengan agensi model untuk memastikan semua model itu sihat sebelum persembahan.

Pada tahun 2010, dia berjanji untuk mengikuti kempen ‘Healthy is Beauty’ yang dicetuskan oleh Majlis Pereka Fesyen Amerika dan mengharamkan model tidak sihat dalam pertunjukannya.

MailOnline telah menghubungi wakil Victoria Beckham untuk memberi komen. -mailOnline

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.