Terima Kasih Doakan Saya – Farid

PETALING JAYA – Pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil memberi reaksi positif dan menjelaskan keadaan kesihatannya baik-baik sahaja selepas ditahan reman selama empat hari.

“Kesihatan saya Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah, ” kata Farid sambil tersenyum, petik Kosmo

Ditemui media di Mahkamah Petaling Jaya selepas tempoh remannya ditambah satu hari lagi, aktor filem Pinjamkan Hatiku itu juga tersenyum dan sempat mengucapkan terima kasih kepada semua pihak dan peminat yang memberi sokongan dan doa kepadanya.

Ditanya tentang prosedur seterusnya, Farid berkata dia bersedia menurut perintah mahkamah dan polis.

“Terima kasih semua sebab doakan saya,” katanya sebelum masuk ke dalam kenderaan polis dan dibawa keluar dari pekarangan mahkamah.

Sementara itu, adiknya Fadzil Bahari Zahari pula menjelaskan tahap emosi Farid hari ini jauh lebih tenang fizikal dan mental berbanding keadaan ketika mula direman empat hari lalu.

“Saya berasa gembira dan sangat lega dengan perubahan Farid.

“Seboleh-bolehnya kami sekeluarga harap dia dibebaskan hari ini, tetapi kami kena beri kerjasama kepada pihak polis.

“Buat masa ini, siasatan berhubung tuduhan jenayah telah selesai, tinggal lagi bab narkotik,” beritahu Fadzil ketika mengulas terhadap perintah lanjutan reman terhadap abangnya.

Dalam pada itu, Fadzil mewakili ahli keluarga Farid memohon maaf kepada individu termasuk anggota polis yang terlibat dalam insiden kekecohan di Balai Polis Trafik Kota Damansara, pada 11 Januari Khamis lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.