Pramugara Cedera Parah Kereta Terbabas Rempuh Pokok

NILAI – Seorang pramugara syarikat penerbangan AirAsia cedera parah selepas kereta dipandunya terbabas sebelum merempuh sebatang pokok sehingga tumbang di Jalan Persiaran Ilmu dekat sini tengah malam tadi.

Difahamkan, dalam kejadian pukul 12.22 tengah malam itu, kereta jenis Perodua Kelisa dipandu B. Ambarasu, 25, hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum merempuh pokok sehingga kenderaan terbalik.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Baharin Ayob Ghazally berkata, mangsa dikatakan dalam perjalanan dari arah pusat beli-belah MesaMall menuju ke Kompleks Sukan Nilai untuk bertemu rakannya.

“Mangsa cedera pada bahagian kepala dan dada diberikan rawatan awal oleh sepasukan anggota bomba yang tiba di situ. Dia kemudian dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban untuk rawatan lanjut.

“Anggota bomba juga bertindak membersihkan sebatang pokok tumbang yang menghalang laluan di lokasi kemalangan serta tumpahan minyak daripada kereta itu,” katanya kepada pemberita hari ini.

Tambahnya, seramai 10 anggota bomba terlibat dalam operasi tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.