Mark Zuckerberg Rugi AS$3.3 Bilion

Keputusan pengasas Facebook, Mark Zuckerberg menukar operasi suapan berita (NewsFeed) di rangkaian media sosial gergasi itu menyebabkan beliau menanggung kerugian besar berjumlah AS$3.3 bilion (Kira-kira RM11.53 bilion).

Saham Facebook Inc jatuh lebih 4 peratus selepas Zuckerberg yang juga ketua pengarah eksekutifnya mengumumkan keputusan mengurangkan sebarang spam dan iklan di ‘NewsFeed’, lapor Independent.

Pada Jumaat lalu, saham syarikat itu didagangkan pada AS$179.37 yang menurun sebanyak 4.4 peratus berbanding AS$187.77 sehari sebelumnya.

Menurut Zuckerberg, beliau mahu mengutamakan perkongsian berkaitan rakan dan keluarga pengguna terlebih dahulu, di samping mengurangkan kandungan bukan iklan.

Berdasarkan pengiraan Forbes, pengasas Facebook itu mengalami kerugian peribadi berjumlah AS$3.3 bilion.

Keadaan itu menyebabkan beliau hilang kedudukan sebagai individu keempat terkaya di dunia mengatasi pengasas syarikat Zara, Amancio Ortega.

Zuckerberg mengasaskan Facebook pada usia 19 tahun dan memiliki 17 peratus saham dalam syarikat berkenaan.

“Kami membina Facebook untuk membantu orang ramai berhubung dan membawa kami lebih rapat bersama orang yang penting kepada kami.

“Tetapi baru-baru ini kami mendapat maklumbalas bahawa kandungan umum – posting dari perniagaan, jenama dan media – semakin menyemakkan momen peribadi yang membawa kita saling menghubungkan antara satu sama lain,” katanya.-Malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.