Mahfuz Tak Perlu Bajet Baik – Dr. Kamarul Zaman Yusoff

Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar kini seolah-olah sedang berusaha memprojeksikan dirinya sebagai seorang pemimpin yang baik, dalam erti kata lain, beliau tidak menggunakan bahasa kasar ke atas lawan politik beliau.

Itu pandangan penganalisis politik. Dr Kamarul Zaman Yusoff mengenai Mahfuz yang sebelum ini suka menggunakan bahasa kasar ke atas lawan politik beliau sama ada dalam ucapan lisan ataupun pernyataan bertulis.

Justeru Mahfuz tidak patut terasa hati dengan kata-kata `orang yang sudah lama mati cuma baru nak tanam’ oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengibaratkan Mahfuz sebagai `harumanis bila dah busuk, dia jatuh sendiri’. Walaupun Tuan Ibrahim tidak menyebut nama, namun semua orang tahu ia ditujukan kepada Mahfuz.

Malah ketika beliau masih menjadi ahli PAS, Mahfuz, kata Dr. Kamarul kerapkali menggunakan bahasa kasar yang tidak selayaknya digunakan oleh seorang ahli parti terhadap parti yang dianggotainya.

“Saya sendiri kerapkali bersikap kritikal terhadap Datuk Mahfuz sejak beliau masih menjadi Ketua Penerangan PAS Pusat lagi kerana, pada hemat saya, pembawaan beliau yang suka menggunakan bahasa yang kasar ke atas lawan-lawan politik beliau, sama ada di dalam ucapan lisan mahupun di dalam kenyataan bertulis beliau, selain daripada banyaknya insiden keterbabasan dari segi fakta, tidak sesuai dengan imej PAS sebagai sebuah parti politik Islam.

“Antara contoh yang segera muncul dalam fikiran saya mengenai pembawaan Datuk Mahfuz ini ialah kenyataan beliau yang dilaporkan oleh KiniTV pada 29 Julai 2014 yang, sewaktu mengulas penstrukturan semula kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Beliau mengkritik keras kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak itu dengan menggunakan bahasa kasar, tanpa hujah ilmiah, dengan menyifatkannya sebagai “kabinet yang hanya layak menjaga tandas awam”,” kata Dr. Kamarul dalam facebooknya.

Mahfuz kini berdepan dengan kontroversi selepas memperlekeh, menghina serta menjadikan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang sedang gering sebagai bahan jenakanya ketika memberi ceramah politik adalah biadap.

Beliau membuat perbandingan dengan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Mahathir Mohamad yang berusia 92 tahun dan dicalonkan sebagai Perdana Menteri PH.

Namun Mahfuz menegaskan tidak akan memohon maaf berikutan tindakannya itu kerana katanya beliau bukan menghina Sultan Pahang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.