Farid Kamil Disyaki Turut Ambil Dadah Jenis NPS

KUALA LUMPUR — Pelakon Datuk Farid Kamil dikatakan berhalunisasi selama beberapa hari dalam lokap.

Pelakon “Pinjamkan Hatiku” dipercayai mengalami keadaan itu akibat mengambil dadah New Psychoactive Substance (NPS), sejenis dadah baru, lapor Kosmo!

“Namun selepas beberapa hari berada dalam lokap balai polis Damansara, keadaan emosi Farid masih tidak stabil menyebabkan kita mengesyaki kemungkinan tinggi pelakon lelaki berusia 34 tahun itu mengambil dadah NPS,” kata sumber kepada akhbar tersebut.

“Dadah NPS merupakan dadah baharu yang semua orang tahu pengambilannya gagal dikesan melalui ujian air kencing”.

Sumber itu berkata polis sedang meneliti kemungkinan tersebut dan menyiasat lokasi bekalan dadah tersebut diperoleh.

NPS sejenis bahan kimia dalam bentuk cecair dan serbuk yang dijadikan dadah baru dengan kesan lebih kuat dan menjadikan penagih bagai “mayat hidup” atau zombi.

Selain itu, akhbar tersebut juga menyebut isteri suspek, Diana Danielle dalam keterangannya kepada polis, menafikan wujud keretakan rumah tangga.

Dijangka tempoh reman disambung hari ini, Farid ditahan Khamis lalu selepas menampar anggota polis dan orang awam di balai polis Kota Damansara. Ujian air kencing menunjukkan pelakon itu, positif ganja. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.