Tiada Kenaikan GST Dalam Pengubahsuaian Bajet 2016 – PM

PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan kerajaan tidak akan menaikkan kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dalam pengubahsuaian Bajet 2016.

 

Menurut Perdana Menteri, rakyat Malaysia masih belum bersedia menyerap sebarang kenaikan kadar GST dan kerajaan prihatin terhadap isu kos hidup rakyat.

 

“Apa-apa pendekatan yang akan diambil (dalam pengubahsuaian Bajet 2016) akan mengambil kira faktor pertumbuhan, pekerjaan, inflasi dan kos sara hidup.

 

“Untuk pengubahsuaian Bajet 2016, kita akan laksana pendekatan yang boleh diterima secara positif oleh pasaran dan rakyat,” katanya dalam sidang akhbar di Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

 

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan tiga mesyuarat iaitu mesyuarat bersama ahli-ahli Jawatankuasa Khas Ekonomi (JKE), mesyuarat bersama peneraju industri dan mesyuarat bersama penganalisis ekonomi. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.