VIDEO: Remaja Perlis Tangkap Ular Tedung Selar, ‘Viral Di Facebook

Kuala Lumpur – Rakaman video yang memaparkan seorang remaja menangkap ular tedung selar di Kangar menarik tumpuan masyarakat sehingga viral di Internet sejak semalam.

 

Rakaman berdurasi 1 minit 12 saat itu memaparkan aksi remaja tersebut yang dilihat seperti ‘bermain-main’ dengan reptilia berbisa itu sebelum menangkapnya.

 

 

Menurut penguna Facebook Ahmad Dmax kejadian tersebut berlaku pada petang Rabu di Sungai Batu Pahat, namun SuaraTV gagal menghubunginya untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian itu.

 

Rata-rata penguna Facebook menyifatkan tindakan remaja tersebut sebagai berani kerana berjaya menundukkan ular yang mampu membunuh dengan sekali patukan itu.

 

Tinjauan SuaraTV mendapati video tersebut telah ditonton hampir 73,654 kali dan dikongsi 2,105 penguna Facebbok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.