Tiada Arahan Larang Pelajar Bukan Islam Pakai Baju Kurung – Muhyiddin

Kuala Lumpur – Kementerian Pendidikan tidak pernah mengeluarkan garis panduan berkaitan etika pakaian yang melarang pelajar perempuan bukan Islam memakai baju kurung.

 

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan semua sekolah supaya tidak mengeluarkan peraturan yang tidak selari dengan dasar kementerian.

 

“Jangan kenakan peraturan yang tidak disuruh (kementerian). Pemakaian baju kurung (oleh bukan Islam) amat digalakkan kerana ia adalah pakaian kebangsaan,” katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

 

Muhyiddin mengulas kejadian seorang pelajar bukan Islam yang dilarang oleh pihak sekolah untuk memakai baju kurung di sebuah sekolah di Kuala Lumpur seperti dilapor media, semalam.

One thought on “Tiada Arahan Larang Pelajar Bukan Islam Pakai Baju Kurung – Muhyiddin

  • January 16, 2015 at 12:42 am
    Permalink

    buat sekolah macam kompeni sendiri..suka-suka jer nak letak peraturan yg bukan-bukan..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.