Telefon Pintar Dengan Platform Tizen Dilancarkan

New Delhi – Pengeluar gergasi Korea Selatan, Samsung Electronics Co Ltd telah melancarkan telefon pintar pertama yang dikuasakan oleh sistem operasi Tizen, pada Rabu.

 

Dengan pelancaran ini, ia dilihat sebagai pembangunan besar dalam dunia teknologi hari ini dengan ekosistem perisian yang dikatakan mampu untuk menyaingi sistem operasi Android.

 

Peranti tersebut, yang dikenali sebagai Z1 akan mula dijual di India dengan harga 5,700 rupee (RM328.50), dengan menyasarkan pengguna yang sedang mencari telefon pintar pertama.

 

Samsung Z1 ini menawarkan skrin 4 inci dengan cip pemprosesan dwi-teras 1.2 GHz serta 768MB memori RAM.

 

Lebih kepada peranti berspesifikasi rendah, pihak Samsung dalam kenyataanya mengatakan bahawa Samsung Z1 ini akan menjalankan platform Tizen versi 2.3.
Sementara itu, pengguna boleh memuat turun aplikasi yang dinginkan pada peranti berkenaan melalui kedai aplikasi yang khusus untuk platform sistem operasi ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.