Suspek Kes Tikam Semasa Meragut Diberkas

Muar: Suspek kes tikam seorang lelaki ketika cubaan meragut di Taman Arosa di sini, Isnin lalu sudah ditahan polis tengah hari semalam.

 

Ketua Polis Daerah Muar Assisten Komisioner Azman Ayob berkata, lelaki berusia 20-an itu ditahan di sebuan rumah di Taman Sri Temenggong, Jalan Abdul Rahman, 12.30 tengah hari semalam.

 

“Suspek adalah penganggur dan ujian air kencingnya mendapati dia positif dadah jenis syabu.

 

“Ketika serbuan, polis turut menjumpai semula pisau dan motosikal yang dipercayai digunakan untuk kegiatan jenayah ragut dan tikam pada petang jam 9.20 malam, 12 Januari lalu itu,” katanya.

 

Azman berkata, soal siasat mendapati suspek mengaku melakukan jenayah berkenaan dan dia direman selama tiga hari sehingga 16 Januari bagi membantu siasatan mengikut seksyen 382 Kanun Keseksaan. –  HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.