Sebahagian Jalan Travers Dinamakan Sebagai Jalan Rakyat

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan nama jalan di hadapan Menara Kembar Bank Rakyat di sini yang merupakan sebahagian daripada Jalan Travers sebagai Jalan Rakyat.

 

Perdana menteri berkata sebahagian daripada Jalan Travers yang dimaksudkan adalah dari persimpangannya dengan Jalan Tun Sambanthan hingga ke persimpangan dengan Jalan Bangsar dan Jalan Travers, dianggarkan sepanjang 300 meter sehala.

 

” Ia bagi mengabadikan nama Bank Rakyat dan meraikan rakyat yang merupakan nadi kepada kecemerlangan Bank Rakyat, terdiri daripada anggota (ahli), pelanggan dan masyarakat berbilang kaum di seluruh negara,” katanya dalam ucapan pada majlis Perasmian Menara Kembar Bank Rakyat. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.