QZ8501: Dua Lagi Mangsa Dikenal Pasti

Dengan pengesahan identiti mayat wanita dan lelaki itu oleh Pasukan Pengenalpasti Mangsa Bencana Jabatan Polis Republik Indonesia (DVI POLRI), tinggal 12 daripada 50 mayat mangsa yang ditemui belum dikenal pasti.

 

AirAsia dalam kenyataan terkininya malam ini juga berkata Badan Mencari dan Menyelamat Nasional, Indonesia (Basarnas) telah mengenal pasti lokasi badan pesawat AirAsia QZ8501 di kawasan tumpuan utama kedua antara bahagian barat Kalimantan dan Pulau Bangka.

 

Basarnas berkata penemuan itu didapati menerusi visual yang diperolehi oleh kenderaan kawalan jauh (ROV) milik sebuah kapal mencari dan menyelamat (SAR) yang menunjukkan serpihan utama pesawat QZ8501 selain daripada sayap kanan di dasar Laut Jawa.

 

“Penyelam daripada pasukan SAR akan dihantar pagi esok untuk operasi mendapatkan kembali serpihan pesawat,” kata kenyataan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.