Presiden Itali Letak Jawatan Selepas 9 Tahun Pegang Jawatan

Rome – Presiden Itali, Giorgio Napolitano, 89, meletak jawatan hari ini selepas hampir sembilan tahun memegang jawatan sekali gus memaksa Perdana Menteri, Matteo Renzi segera cari pengganti.

 

Napolitano sebelum ini dijangka meletak jawatan sebelum akhir penggal keduanya dan memberi penjelasan dua minggu lalu bahawa faktor usia semakin menyukarkan dirinya untuk melaksanakan tugas di pejabat.

 

Sebelum ini, Napolitano pernah dipujuk pada 2013 supaya terus memegang jawatan untuk penggal kedua selepas kebuntuan terhadap pilihan raya mencetuskan krisis politik di negara ekonomi ketiga terbesar di Eropah.

 

Bagaimanapun, beliau kerap dijangka meletak jawatan lebih awal.

 

Sehubungan itu, Renzi menzahirkan pujian terhadap bekas presiden itu apabila memberitahu Parlimen Eropah bahawa Napolitano adalah orang yang menjadi tonggak kepada keinginan untuk membuat perubahan tetapi “berdepan cabaran besar berkaitan kebijaksanaan dan kecerdasan.”

 

Parlimen negara berkenaan terpaksa bersidang dalam tempoh 15 hari bersama dengan 58 timbalan menteri wilayah bagi memulakan pilihan raya untuk memilih presiden baharu.

 

Calon berpotensi untuk menjadi Presiden Itali termasuk bekas Perdana Menteri, Romano Prodi dan Giuliano serta Menteri Ekonomi, Pier Carlo Padoan, Menteri Pertahanan, Roberta Pinotti dan bekas Datuk Bandar Rome, Walter Veltroni. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.