Polis China Selamatkan 37 Bayi Dari ‘Kilang Pengeluaran’

BEIJING – CHINA. Polis China menyelamatkan puluhan bayi baru lahir selepas menyerbu beberapa kilang haram yang dikendalikan geng pemerdagangan manusia di wilayah timur Shandong.

 

Menurut Press TV, dalam serbuan itu, polis menyelamatkan 37 bayi dan menahan 103 suspek di empat bandar iaitu Taian, Linyi, Qufu dan Jining.

 

Ketika diselamatkan, bayi-bayi berkenaan ditemui di atas lantai yang kotor serta diberi makan mi dan sisa sayuran.

 

“Kami menemui 37 bayi dan tiada seorang pun dalam keadaan sihat. Malah, sekurang-kurangnya tujuh bayi dilahirkan dengan Aids,” kata jurucakap polis.

 

Pihak berkuasa percaya, ahli sindiket membayar beberapa wanita untuk menjadi ibu tumpang dan melahirkan bayi di dalam kilang.

 

“Biasanya, ibu tumpang dibayar AS$7,500 (RM26,968),” kata Pengarah Unit Antipenyeludupan China, Chen Shiqu. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.