Perodua Myvi Baru Dilancarkan

Kuala Lumpur – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) memperkenalkan model dipertingkat, Perodua Myvi baru dengan tawaran harga yang sangat menarik untuk pengguna di Malaysia.

 

Model yang diiktiraf sebagai paling popular di Malaysia untuk sembilan tahun berturut-turut ini ditawarkan pada harga bermula RM41,500 seunit bagi varian Standard G 1.3L manual hingga RM58,900 untuk varian automatik Advance 1.5L.

 

Pelancaran ini dimulakan dengan pengenalan kepada varian baru 1.3 Standard G, diikuti oleh 1.3 Premium X yang masing-masing akan menggantikan varian Myvi 1.3 XT dan 1.3 SE.

 

Selain itu, varian 1.5 SE akan kekal manakala 1.5 Advance akan menggantikan varian 1.5 Extreme.

 

Myvi memberikan pilihan dua warna tambahan baru, iaitu Electric Blue dan Cosmic Gold. Ia adalah tambahan kepada warna popular model itu yang sedia ada iaitu Ozzy Orange, Mystical Purple, Glittering Silver dan Ivory White.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.