Pengguna Media Sosial Kecam, Surat Sumbangan Sekolah

Kula Lumpur – Penyebaran satu gambar surat sumbangan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia oleh sebuah sekolah di Kelana Jaya hari ini menerima kritikan dan kecaman daripada pelbagai lapisan warga mdia sosial.

 

Gambar berkenaan memaparkan borang Bantuan Khas Awal Persekolahan 2015 yang turut dilampirkan dengan satu lagi surat pengakuan menerima dan bersetuju untuk menyumbangkan bantuan berkenaan kepada pihak sekolah.

 

Sumbangan kepada pihak sekolah itu dipercayai akan digunakan bagi tujuan kebajikan dan pembangunan sekolah berkenaan.

 

Bagaimanapun menurut sumber, berlaku salah faham berhubung penyebaran gambar terbabit.

 

“Itu sebenarnya salah faham, surat itu sebenarnya untuk ibu bapa yang nak menyumbang sahaja, dan perkara itu setahu saya sudah dijelaskan kepada ibu bapa.

 

“Itu hanya untuk ibu bapa yang ikhlas dan menyumbang dan tiada paksaan,” kata sumber terbabit ketika dihubungi The Rakyat Post hari ini.

 

Semalam, Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) meminta pihak sekolah agar tidak memotong wang bantuan khas awal persekolahan RM100 yang diberikan Kementerian Pelajaran.

 

Presidennya Profesor Madya Datuk Mohamad Ali Hasan berkata, perkara itu dilakukan sebelum ini antaranya bagi pembayaran yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan kos lain yang ditanggung pihak sekolah.

 

Sebelum itu juga, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan turut memberi peringatan kepada sekolah di negeri itu untuk tidak memotong wang bantuan tersebut.

 

Menurut beliau, perkara sebegini tidak seharusnya berlaku kerana wang bantuan itu perlu sampai ke tangan ibu bapa dan pelajar untuk kegunaan mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.