NUTP Sumbang 50,000 Naskhah Buku Llatihan Untuk Pelajar Terjejas Banjir

Sebanyak 50,000 buku latihan akan disumbangkan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) kepada pelajar sekolah rendah dan menengah di semua negeri yang terjejas banjir baru-baru ini.

 

Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng berkata, selain buku latihan, kesatuan itu akan turut menyumbang peralatan lain termasuk beg dan alat tulis.

 

Jelas beliau, bantuan berkenaan akan disalurkan pihaknya secara berperingkat bermula dengan sekolah dan pelajar di negeri yang paling teruk terjejas.

 

“Pemimpin NUTP sendiri akan turun padang menyampaikan sumbangan kepada sekolah-sekolah yang memerlukan itu yang dijangka minggu depan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan beg dan peralatan sekolah kepada 65 pelajar terjejas banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Muzaffar Shah, Lambor Kanan di sini hari ini.

 

Yang turut hadir Pengetua SMK, Muzaffar Shah, Juriah Ismail.

 

Dalam pada itu, Yim Pheng berkata, pihaknya mencadangkan kepada kerajaan supaya guru dan pelajar yang menghadapi bencana banjir baru-baru ini diberikan khidmat kaunseling bagi mengurangkan tekanan disebabkan bencana tersebut.

 

Jelasnya, perkara itu sangat penting untuk memulihkan kembali semangat mereka yang terjejas teruk akibat banjir tersebut. – Utusan Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.