Nurul Izzah Sah Bercerai Talak Satu

KUALA LUMPUR – [DIKEMASKINI] Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar akhirnya sah bercerai dengan Raja Ahmad Shahir Iskandar Raja Salim melafazkan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, hari ini.

 

Penceraian yang dipohon berdasarkan persetujuan bersama itu direkodkan hakim Amran Md Zain kira-kira jam 4.20 petang.

 

Nurul Izzah yang merupakan Naib Presiden PKR memfailkan permohonan cerai terhadap Raja Ahmad Shahrir Iskandar mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.

 

Pasangan itu yang berkahwin pada 9 Mei 2003, dikurniakan dua cahaya mata, Raja Nur Safiyah, 7, dan Raja Ahmad Harith, 5. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.