Kastam KLIA Rampas Dadah Bernilai RM5.3 juta

SEPANG – Jabatan Kastam KLIA berjaya mematahkan cubaan sindiket penyeludupan dadah dari Nigeria, Isnin lalu.

 

Pengarah Kastam KLIA, Datuk Chik Omar Chik Lim berkata, pihaknya menjumpai serbuk putih dipercayai dadah jenis methamphetamine seberat 28.2 kilogram di dalam sebuah bagasi pakaian yang disembunyikan di dalam kotak kayu.

 

“Nilai rampasan dianggarkan bernilai RM5.358 juta.

 

“Bungkusan parcel itu tiba pada 3 Januari lalu dan dialamatkan di sebuah premis di Serdang atas nama seorang warga asing.

 

“Hasil siasatan mendapati premis berkenaan tidak wujud, kita mula memeriksa bungkusan parcel itu setelah pemilik barang berkenaan gagal dihubungi,” katanya.

 

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.