Hanya Surat Penjelasan Status Paul Phua – Zahid Hamidi

Putrajaya: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan mengeluarkan surat sokongan untuk tidak mendakwa Paul Phua atau Wei Seng Phua yang dituduh terbabit aktiviti perjudian haram di Amerika Syarikat sebaliknya ia hanya surat penjelasan status individu berkenaan.

 

Beliau menafikan perkara itu seperti yang dilaporkan portal berita pro-pembangkang sebelum ini.

 

“Saya juga sudah jelaskan perkara ini kepada Jemaah Menteri semalam dan ia diterima baik.

 

Kandungan penjelasan kepada Jemaah Menteri itu adalah perkara yang sama saya jelaskan pada sidang media pagi ini,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan amanat tahun baru kementerian di sini, hari ini.

 

Katanya, beliau berulang kali menyatakan bahawa beliau tetap akan membanteras gejala gengsterisme, judi dan dadah di negara ini malah, tidak akan berkompromi dengan gejala tidak sihat berkenaan.- HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.