Dr Asri Sekat Pengikut Di Media Sosial Kerana ‘Troll Debab’?

Kuala Lumpur – Tidak tahan dengan kritikan yang dilemparkan oleh pengikutnya di media sosial bekas mufti Perlis, Datuk Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dikatakan menyekat (block) mereka di laman media sosial Facebook dan Twitter.

 

Menurut salah seorang pengguna media sosial Dr Abdul Rahman Abdul Kadir kepada SuaraTV sebentar tadi, tindakan Asri itu jelas membuktikan sikap dirinya yang sebenar.

 

“Tiba-tiba Mufti Oxford nak jadi pejuang freedom of speech?

 

“Apasal aku kena block? Aku cuma kata Asri debab macam Rafizi. terus kena block (sekat) langsung tak ada kebebasan” ujarnya di laman Facebooknya petang tadi.

 

 

Abdul Rahman turut berkata, selain beliau ramai juga kenalannya turut disekat oleh pengendali laman media sosial Asri kerana memberikan pandangan yang berbeza.

 

“Dia (Asri) memang tidak suka dikritik (dan) siapa yang mengkritiknya secara terbuka akan disekat.

 

“Sedangkan sebelum ini dia bercakap tentang kebebasan bersuara, tapi bila dibidas dia meleting” ujarnya lagi.

 

Abdul Rahman turut berkata perkara ini bukan isu yang baru dan mengesa agar Asri menasihati pengendali (admin) laman media sosialnya bersifat lebih terbuka dan merai perbezaan pendapat yang sering dilaung-laungkan sebelum ini.

 

SuaraTV walau bagaimapun gagal menghubungi Asri untuk mendapatkan maklumbalas berhubung isu yang dibangkitkan ini.

 

Asri dalam kenyataan sebelum ini meminta kerajaan agar tidak berprasangka buruk apabila rakyat mengkritik pemerintah.

Mohd Asri berkata, rakyat menggunakan kuasa untuk mengkritik kerajaan untuk memberi kesedaran kepada pemerintah yang melakukan kesalahan.

 

“Jika kerajaan sentiasa berprasangka buruk kepada rakyat yang mengkritik maka kerajaan itu akan menjadi musuh rakyat yang berakal.

“Jika kerajaan tidak mahu dikritik sila jangan jadi kerajaan bagi sebuah negara yang penduduknya berakal dan merdeka,” katanya yang dipetik dalam akaun Facebooknya sebelum ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.