Budak Umur 7 Tahun Jadi ‘Pemandu Teksi’ Untuk Bapa Kaki Botol

Beberapa keping foto yang memaparkan seorang kanak-kanak menjadi ‘pemandu teksi’ kepada bapanya yang sering mabuk tersebar di laman sosial, lapor Kompas.com.

 

Jun Yu, 7, akan memandu kenderaan roda tiga sejauh 20 kilometer untuk mengambil bapanya yang mabuk selepas diarahkan oleh ibunya.

 

Kelibat Jun Yu yang membaw kenderaan itu dirakam di Yizhou, China oleh seorang penduduk tempatan yang kemudiannya menjadi viral di laman sosial.

 

Pihak polis di kawasan berkenaan juga telah sedia maklum mengenai perkara itu dan akan mengambil tindakan sewajarnya.

 

“Kita telah bercakap dengan ibu bapanya dan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan ke atas mereka kerana membenarkan kanak-kanak itu memandu kereta.

 

“Dia memandu sejauh 20 kilometer semata-mata untuk mengambil bapanya yang mabuk selepas minum bersama rakan sekerjanya,’’ kata seorang anggota polis.

 

Menurut jiran mereka, ini bukan kali pertama Jun Yu berbuat demikian malah acap kali bapanya mabuk, dialah pemandu teksi untuk lelaki itu dengan mengambilnya dan membawa pulang bapanya ke rumah. – TheRakyatPost

Drunk Father-1 Drunk Father-3 Drunk Father-2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.