7 Cabang PKR Pulau Pinang ‘Memberontak’

Kuala Lumpur – Bekas Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff berkata, beliau menyerahkan kepada Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk membuat keputusan berkaitan bakal pengganti Datuk Mansor Othman.

 

Beliau menyatakan demikian sebagai menjawab gesaan tujuh daripada 13 cabang PKR Pulau Pinang yang mahukan Pengerusi negeri diserahkan kepada Yusmadi.

 

”Ada cadangan oleh tujuh daripada 13 cabang PKR Pulau Pinang yang mahukan saya sebagai ketua. Ini bukan permintaan saya. Apabila saya diberitahu, saya katakan, ini penilaian mereka,” katanya.

 

Sebuah portal sebelum ini melaporkan berlaku pemberontakan di kalangan cabang PKR Pulau Pinang yang menarik balik sokongan terhadap Mansor dan mahukan Yusmadi sebagai pengganti.

 

Menurut Yusmadi, para pemimpin cabang mahukan beliau disebabkan mereka berpandangan bahawa dirinya banyak berkhidmat untuk kepentingan rakyat dan melabelkannya sebagai ”pemimpin masa depan.”

 

Bagaimanapun bekas Ahli Parlimen Balik Pulau selama sepenggal itu menjelaskan, tidak ada perbezaan antara dirinya dengan orang lain dalam menjalankan tugas dan hanya memberikan perkhidmatan kepada rakyat, khususunya di Pulau Pinang.

 

”Saya menyerahkan kepada Presiden PKR. Saya tidak bersungguh menjadi menjadi ketua. Malah ketika saya ditawarkan bertanding di Balik Pulau, saya mendapatkan restu ibu saya dulu.

 

”Apabila dia memberikan restu, saya bertanding dan menang. Semasa saya diminta tidak bertanding dan digantikan di kawasan Parlimen itu, saya tidak menentang,” ujarnya yang juga seorang peguam.

 

Yusmadi menang kerusi Parlimen Balik Pulau pada PRU 2008 tetapi digantikan dengan Muhammad Bakhtiar Wan Chik pada PRU-13 tetapi kalah kepada Datuk Hilmi Yahya dengan 1,536 undi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.